CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 8 June 2011

Blog Oh Blog!

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya create satu blog untuk diri saya. Terima kasih kepada adik bongsu saya yang banyak membantu kakaknya yang terhegeh-hegeh mencipta blog nie. Rasanya seronok juga layan blog nie. Kalau sebelum nie asyik berfacebook je, sekarang kita berbloglah pulak. Kepada kawan-kawan sepengajian, harap-harap kita semua akan dapat menempuhi pengajian kita dengan semangat yang kental dan sedia menerima cabaran assigment yang sememangnya mantap. Kalau tidak kerana assigment Teknologi nie, rasa-rasanya sampai bila-bila pun saya tak ada blog. Terima kasih kepada En. Hasnan kerana menyediakan tajuk assigment yang memberikan manfaat kepada saya dan kawan-kawan. Rasanya banyak perkara lagi yang perlu saya belajar dan aplikasikannya dalam P&P. Apa-apa pun selamat berblog.....

Tutorial Membuat Blog

Membuat blog cukup mudah sebenarnya.Boleh sambil buat sambil belajar.Yang penting kemahuan mesti ada.Banyak sumber sumber yang kita boleh perolehi untuk mempelajari blog.Untuk mencipta blog anda mestilah mempunyai akaun dengan Gmail.Jika belum ada daftar dulu di www.gmail.com.Sesudah mendaftar masuk ke www.blogger.com.


register to blogger


Kemudian log in akaun gmail yang telah dibuat dan paparan berikut muncul


cara buat blog

Menamakan blog:
  
Blog title:
Berikan tajuk untuk blog anda.tajuk ini akan muncul pada dashboard anda,dalam blog dan profail anda

Blog Url Adress:


Isikan nama untuk alamat blog anda:contoh (http://blogsaya.blogspot.com)
kemudian check pada availability untuk menyemak nama blog anda samada telah digunakan oleh org lain untuk memastikan ia boleh digunakan.

Word Verification:

masuk huruf yang dipaparkan diatas.setelah lengkap klik continue


template untuk blog

Pilih template:


Langkah seterusnya adalah memilih template untuk paparan laman blog anda.Terdapat 12 jenis template yang ada.Skrol kebawah untuk melihatnya.Klik pada butang bulat untuk pilih template yang anda suka.klik continue




Paparan berikut muncul menandakan membuat blog telah selesai dan klik Start blogging untuk memulakan menulis apa apa yang ingin disampaikan dalam blog anda.Tulis tajuk pada title pada artikel yang anda buat.Klik pada publish now selepas selesai menaip.Klik pada view blog untuk melihatblog yang anda tulis tadi.


posting article

Teknologi Dalam Pendidikan

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN, APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF

1.0 Pengenalan
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). 
Heinich (1996) menyatakan komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. 
Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC, 2000). 
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia. 
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama:
i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri.
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Selain daripada bidang pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT secara meluas serta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.
Jadual 1 : Penggunaan ICT dalam P&P adalah seperti jadual berikut
Cakera Padat CD Rom Internet Aplikasi
Perisian Kursus Pendidikan (Tutorial) – Courseware Pencarian maklumat – search Engine 1 browsing + pangkalan data + membangun laman web – home page design Pemprosesan Data
– Microsoft Word
-Microsoft Publisher
-Page Maker
Pangkalan Data – Database Komunikasi
-Forum
-Emel
-Chat Hamparan elektronik
-Microsoft Excel
Ensaiklopedia / Maklumat/ Sumber Multimedia Muat turun – Download Persembahan
-Microsoft Power Point
Sumber : Aplikasi ICT dalam P&P; Panel Jurulatih Utama ICT Negeri Selangor

Monday, 6 June 2011

salam..

assalamualaikum semua,..ini adalah blog tugasan daripada lecturer saya..selepas entry ini akan ada entri tugasan tentang TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN..sekian

rest sejenak